Friday, October 11, 2013

food for thought.

Tiba-tiba semalam aku terfikir.

Dia pinjamkan aku seseorang selama lebih 6 tahun. Untuk ada disisi aku sebagai pelindung, penyokong, sahabat, dan tempat aku luahkan segala yg aku tidak mampu luahkan pada mak, abah, adik beradik mahupun sahabat baik sendiri.

Dia pinjamkan aku seseorang dan Dia hadirkan perasaan kasih dan sayang di hati kami masing-masing. Dia izinkan kami untuk berkongsi rasa itu. Dia izinkan kami untuk menyemai hubungan yang tercipta itu dengan sesuatu yg cukup indah.

Dan semalam, Dia sedarkan aku tentang hakikat menjadi seorang hamba kepada-Nya. Hakikat bahawa segala yang dikurniakan pada kita hanyalah bersifat PINJAMAN. Dan pada bila sampai waktunya, Dia akan mengambil semula apa yang dipinjamkan pada hambaNya kerana itu bukan kita yang punya. Dalam sekelip mata, Dia boleh menarik semula apa yang telah kita semai. Dia boleh menarik semula perasaan itu.

Betapa hebatnya kuasa Dia yang Maha Berkuasa.

Walau sekuat mana kita berusaha untuk menjaganya, jika takdirnya ia tidak akan menjadi milik kita, ia akan tetap pergi meninggalkan kita kerana kita bukan pemilik sebenarnya.

Jadi apa yang perlu kita lakukan?

BERSABAR dan REDHA.

Bersabar dan redha bukan hanya di mulut, tetapi dengan sebenar-benarnya redha dengan ketentuan-Nya. Setiap yg berlaku itu adalah ujian. Kaya, miskin, sedih, gembira, semua itu ujian. Sungguh Allah suka pada mereka yang bersabar. 

Cukup aku mengejar sesuatu yg bersifat sementara. Tiba masanya aku mengejar sesuatu yang hakiki. Sesuatu yang janjinya adalah benar. Sesuatu yang bahagianya kekal. Sesuatu yang takkan pernah mengecewakan mereka yang mengejarnya.

Pasrah dengan ujian-Nya. Redha dengan ketentuan-Nya. Sabar untuk ganjaran-Nya. 

Ya Allah. Jadikan aku hamba yang sebenar-benar hamba, supaya aku tidak alpa dan lupa padaMu. Supaya aku tidak menjadikan ujianMu ini sesuatu yang menyekat langkahku untuk menjadi seorang ilmuan Islam yang berjaya suatu hari nanti. Inshaallah.

Marilah kita semua mendekatkan diri kepada-Nya. Syurga janjiNya.

MasyaAllah.

-nabilah-

2 comments:

bedah said...

nab,hg oke dak?

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)