Friday, April 19, 2013

puisi 20 April.

menghitung hari ketibaannya dengan rasa sabar

dikala diri asyik membuat perhitungan

dugaan datang tidak berhenti

tidak tahu dari ceruk mana datangnya

namun satu per satu menguji kesabaran diri

menguji kekuatan diri untuk membuktikan sesuatu

sepanjang proses enggan berfikir lebih

namun hati selalu jahat untuk memaksa diri berfikir

apakah dugaan yang hadir sebagai petanda kepada sesuatu?


namun diri terus diyakini

membuat hati terus yakin dengan takdir jalan yang satu ini

diri dihambat kesalan yang setinggi gunung untuk kesalahan lampau

apakah diri ini masih layak untuk peluang kedua?

namun tak henti dia meyakinkan

bahawa ini adalah takdirnya

dan keyakinan itu terlalu membahagiakan.


Dia yang menganugerahkan peluang ini sekali lagi

agar dia mahupun aku tidak membuang sepi kasih sayang yang telah dibina

moga kasih sayang ini membawa kebaikan kepada dia mahupun aku

membawa kegembiraan kepada insan terdekat

dan moga ia berkekalan sehingga saat malaikat maut datang menjemput.


Selamat ulangtahun ke-6 perkenalan awak dan saya,

Semoga kenangan yang tercipta kekal di kotak ingatan.

Semoga nama yang terukir di hatimu sentiasa tertulis 'Nabilah'.

Semoga nama yang terukir di hatiku sentiasa tertulis 'Thauban'.



Salam sayang penuh kerinduan dari bumi Bangi, Selangor.


No comments: